Pages

Monday, July 12, 2010

Tumbuhan Beracun di Kawasan Tropika




Pokok Api-api Jambu (White Mangrove)


Salah satu spesies Bakau dalam keluarga Acanthaceae. Tumbuh setinggi 6m di dalam kawasan paya. Kulitnya berwarna kelabu muda yang terdiri daripada emping nipis, tegar dan rapuh. Daunnya tebal, antara lima hingga lapan sentimeter, dan berwarna hijau terang di atas dan putih atau kelabu serta berbulu di bawah. Pokok ini mempunyai akar udara yang tumbuh sehingga 20 sentimeter tinggi dan diameter sehingga satu sentimeter. Bunganya yang berwarna kuning keemasan berukuran kurang daripada satu sentimeter lebar, dan dibentukkan dalam gugusan tiga hingga lima bunga. Getahnya boleh menyebabkan gatal pada kulit dan buta jika terkena mata.


Jelatang (Laportea/Nettle Tree)



Daunya kecil, berbulu dan berbentuk panah. Tumbuhan ini terdapat dalam beberapa jenis. Ada yang berbatang dan tumbuh antara 10cm hingga 1 meter. Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu ini sangat putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tanggal dari permukaan tumbuhan tersebut dan melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika dimakan atau diminum air rebusnya. Bulu ini dapat mencucuk pada kulit yang lembut kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Kesannya menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit.

Terdapat beberapa jenis dan spesis lain yang dipanggil jelatang seperti Jelatang Gajah-Laportea setimulans (Urticaceae), Jelatang Bulan-Spahaerostylis malaccensis (Euphorbiaceae), Jelatang Ular-Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa.

Rasa sakit disebabkan pokok Jelatang ini boleh diubati dengan menggunakan jus daripada pokok Keladi Sebaring.



Pokok Keladi Sebaring ialah sejenis pokok herba yang amat besar, dengan batang pokok yang tebal dan tegak sehingga 1 meter (3 Kaki) tingginya, ketika amat tua.

Bunga: Kecil dan tumbuh pada sepanjang tangkai yang tegak, dengan bunga jantan terletak di bahagian atas dan bunga betina di bahagian bawah. Sebahagian bunga-bunganya dilindungi oleh satu struktur bak tudung yang digelarkan "spate".

Tumbuhan untuk makanan :siri 2

Dalam dunia tumbuhan terdapat 2 jenis racun yang biasa didapati dan kedua-duanya senang dikenalpasti.

HYDROCYANIC ACID (Prussic Acid) - Rasa dan baunya seperti badam atau buah pic. Kenalpasti baunya dan elakkan!

OXALIC ACID - Mempunyai rasa yang panas, kering dan tajam apabila diletakkan di kulit atau lidah.

ELAKKAN sebarang tumbuhan yang mempunyai getah, kecuali telah dikenalpasti ianya selamat.

ELAKKAN tumbuhan yang berwarna merah terutama di kawasan tropika, kecuali telah dikenalpasti selamat.

ELAKKAN buah yang terbahagi kepada lima bahagian, kecuali telah dikenalpasti.

ELAKKAN tumbuhan yang berbulu halus di batang dan daunnya. Bila dilihat dengan kanta, anda akan dapati bulunya berbentuk cangkuk dan boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan tekak.

ELAKKAN daun yang tua dan kering kerana sesetengah tumbuhan akan menghasilkan racun apabila ianya tua dan kering.

ELAKKAN pokok paku pakis yang matang. Walaupun kita tahu pucuk mudanya boleh dimakan tetapi ada juga paku pakis yang boleh merosakkan vitamin B dalam badan apabila daun yang matang dimakan.

Saturday, January 23, 2010

LANGKAH MENGENALPASTI TUMBUHAN UNTUK MAKANAN

Mencuba Tumbuhan Baru
Selalu menguna pakai langkah-langkah berikut bagi mengenalpasti tumbuhan baru untuk makanan. Hanya seorang sahaja penguji untuk satu-satu tumbuhan. JANGAN ambil jalan pintas! Ambil setiap langkah mengikut turutan dan ikuti kesemuanya. Jika terdapat sebarang ragu-ragu terhadap tumbuhan itu, jangan memakannya. Sekiranya anda mendapat sakit perut, minumlah air panas dengan banyak untuk melegakannya dan jangan ambil sebarang makanan sebelum ia pulih. Jika ianya serius, ambil langkah drastik dengan menjolok tekak bagi memuntahkannya. Arang boleh digunakan untuk menyebabkan muntah dan ia boleh juga menyerap racun dalam perut.

1. Periksa
Cuba kenalpasti.! Pasti kan tumbuhan itu tidak berlendir atau dimakan ulat. Sesetengah tumbuhan, apabila tua, unsur kimia didalamnya akan bertukar menjadi racun.

2. Bau
Hancurkan sebahagian kecil dan hidu. Jika baunya seperti badam atau buah Peach. Jangan ambil!!

3. Sentuhan
Gosok atau perah sedikit cecairnya pada tempat-tempat yang sensitif pada badan. (cth: dibawah lengan antara ketiak dgn siku.) Tunggu hingga 5 minit. Jika terasa gatal, berpeluh atau kurang selesa, Abaikan!! Jangan ambil.

4. Rasa
  1. Letakkan sedikit di bibir.
  2. Letakkan sidikit di tepi mulut.
  3. Letakkan sedikit di hujung lidah.
  4. Letakkan sedikit di bawah lidah.
  5. Kunyah Sedikit.
Dalam semua cara diatas, jika terdapat sebarang ketidakselesaan berlaku seperti terasa panas, sakit tekak, gatal dll. Jangan ambil!! kira reject..

5. Menelan
Telan sedikit dan tunggu hingga 5 jam tanpa mengambil sebarang makanan dan minuman.
Jika langkah terakhir ini juga tidak terdapat sebarang masalah, tumbuhan itu boleh dikategorikan sebagai tumbuhan yang boleh dimakan.

Friday, January 22, 2010

Tumbuhan untuk makanan

Mengenali tumbuhan-tumbuhan yang boleh dimakan di hutan adalah amat penting bagi semua pendaki mahupun hikers. Mungkin kejadian yang pernah menimpa seorang pelajar UiTM di Gunung Tahan, Nur Umaisarah dapat dijadikan pengajaran. (ikuti blog ini : http://19harisesatdigunungtahan.blogspot.com ).

Untuk kali ini, saya akan memberikan beberapa jenis tumbuhan yang mungkin kita tak kenal dan hanya meliputi tumbuhan tropika sahaja.



Kalor (Moringa)



Tumbuh sehingga 10m dengan daun yang kecil berbentuk oval. Bunganya berwarna putih kuning sebesar 25~38 cm. Bijinya berwarna coklat dan mempunyai 3 permukaan. Daun dan buahnya yang muda boleh dimakan mentah atau dimasak. Buah yang tua boleh dipotong kecil dan dimasak seperti kacang panjang. Akar dihancurkan dan boleh dibuat bahan perasa makanan tapi perlu tahu caranya kerana ia mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan sistem saraf. (tidak digalakan.). Mengandungi sumber yang kaya dengan Beta Karotin, Vitamin C, Protien, Zat Besi dan Potassium.





Serikaya (Sugar Apple Atau Sweet Sop)



Pokok setinggi 6~5 meter ini mempunyai daun yang berbentuk tajam dan oval sebesar 5~17cm panjang, 2~5cm lebar. Bunganya berwarna kuning-hijau dan mempunyai 3 kelopak yg besar. Banyak terdapat di Indonesia. Isi dalamnya seperti buah durian belanda dan boleh dimakan.





Tin (Wild Figs atau Ficus Carica)



Tin (Ficus carica) adalah sejenis tumbuhan penghasil buah-buahan yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat. Buahnya bernama sama. Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Ara. Pokoknya tumbuh setinggi 6.9~10 meter. Daunnya sebesar 12~25cm panjang dan 10~18cm lebar dengan 3 atau 5 jejari. Buahnya 3~5cm panjang dengan kulit hijau dan bertukar ungu atau coklat apabila sudah masak. Getah pokok ini boleh menyebabkan kulit gatal.

Buah tin boleh dimakan segar, dikeringkan, atau dibuat selai. Buah yang dipetik harus segera dimanfaatkan karena tidak dapat disimpan lama (mudah rosak). Ia disebut-sebut dalam AlQuran (Surah At-Tiin) iaitu pohon ara yang daunnya dijadikan cawat oleh Nabi Adam dan Hawa ketika mereka mereka diusir dari surga.





Buah Sukun (Breadfruit)



Barangkali ada yang masih lagi belum kenal buah ini. Di Malaysia buah sukun terdiri dari dua variasi iaitu berbiji dan tanpa berbiji.Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 20 meter. Buahnya berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.




Kelumpang (Sterculia)



Terdapat lebih kurang 30 spesis pokok dalam kumpulan ini. Ia boleh tumbuh setinggi 30m dengan daunnya yang berbentuk seperti tangan. Buahnya seperti satu sarung (pod) yang mempunyai biji seperti kacang berwarna hitam dan boleh dimakan mentah selepas dibuang rerambutnya.




Berunai (Bignays)



Tinggi 30m mempunyai daun 15cm~20cm panjang dan 7cm lebar. Bunganya mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Buahnya yang banyak dan berwarna hijau pada awalnya bertukar ke putih ke merah dan akhirnya hitam, boleh dimakan mentah. Yang muda rasanya masam dan apabila sudah ranum rasanya manis. Sedap dibuat jem.




Maja ( Bael Fruit)



Tumbuh setinggi 18m dan bunganya berbau wangi. Kulit buahnya keras dan licin. Warna kulit luar buah maja berwarna hijau tetapi isinya berwarna kuning atau jingga. Aroma buahnya harum dan cairannya manis, bertentangan dengan anggapan orang bahwa rasa buah maja adalah pahit. Sebagaimana jeruk, buah maja dapat diolah menjadi serbat, selai, sirop, atau nektar. Kulitnya dibuat marmalade. Buahnya boleh dimakan mentah dan kaya dengan vitamin c.





Cekur (Aromatic Ginger atau Sand Ginger)



Ia merupakan sejenis pokok herba saka. Daunnya berwarna hijau tua dan bilangannya hanya 2 hingga 3 helai sahaja. Daunnya tumbuh mendatar dan mempunyai saiz selebar 10 cm. Bunganya berwarna putih dan mempunyai dua lengkok yang berwarna ungu. Pokok ini mempunyai akar simpanan, iaitu rizom yang berisi.

Rizom pokok ini digunakan untuk memanaskan badan terutamanya untuk wanita yang baru melahirkan anak. Apabila daun dan rizom pokok ini ditumbuk atau diramas, ia akan mengeluarkan sejenis bau yang seakan-akan bau minyak angin. Ini adalah kerana pokok ini mengandungi minyak pati yang mudah meruap. Antara kandungannya ialah kamfor, borneol dan sineol.

Rizom dan daunnya dimakan mentah sebagai ulam dan juga dibuat kerabu. Daun pokok ini boleh juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada badan. Daunnya digiling dan didemah pada bahagian yang bengkak itu. Untuk menghilangkan rasa gatal pada tekak, kunyahlah seketul cekur sebesar ibu jari bersama sedikit garam.




Petai Belalang (White Leadtree)



Pokok ini merupakan sejenis pokok rendang yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Daunnya kecil dan buahnya terletak dalam lenggai yang pipih. Saiz lenggainya ialah kira-kira 6 cm panjang dan 1 cm lebar. Di dalam lenggai terdapat kira-kira 30 biji. Bunganya berwarna kuning pucat. Pokok ini dipercayai berasal dari Amerika Syarikat. Semasa muda, lenggainya berwarna hijau, tetapi setelah tua, warnanya akan berubah menjadi perang. Lenggai mudanya dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal atau dimakan sebagai ulam bersama nasi. Bijinya banyak digunakan Jawa untuk membuat tempeh. Daunnya digunakan sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu.Daun muda pokok ini ditumbuk bersama beras dan disapu pada leher untuk mengubati penyakit batuk. Untuk mengubati penyakit campak, campuran beras dan daun mudanya ini ditumbuk dan disapu pada keseluruhan badan.





Pokok Turi (Agati atau Humming bird tree)



Pokok turi ditanam sebagai sayuran terutamanya di kampung-kampung dan di kawasan sawah padi. Tumbuhan ini adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian antara 5 hingga 10 meter. Bunganya merah atau putih dan panjang lenggainya antara 20 cm hingga 50 cm.Pucuk lenggai muda dan bunganya dicelur dan dimakan bersama nasi. Daun mudanya biasanya dibuat sayur lemak. Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat sakit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan haiwan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat skit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan bagi haiwan ternakan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.




Terung Pipit (turkey Berry)



Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Terung ini dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas.

Buah muda dimakan mentah, juga dibuat tumis dengan ikan bilis. Buah terung pipit ini boleh menambahkan selera makan. Ia digunakan dalam masakan Thai sebagai kari hijau (Thai Green Curry). Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat bagi kaki yang pecah. Buahnya juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi.






Jambu Bol (Malacca Apple Atau Malay Rose Apple)



Pokok buah ini besar dan daunnya juga besar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 12~18 meter. Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.

Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah atau jam. Terdapat juga orang yang menjadikan buah ini sebagai minuman. Daunnya dimakan mentah sebagai ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap dimakan.

Daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah.

Thursday, January 14, 2010

Menentukan masa dengan sungai

Mungkin ada yang berasa pelik dengan tajuk kali ini kerana tak ramai orang yang mengetahuinya. Pernah dahulu aku mengikuti beberapa orang asli ke hutan mencari akar kayu. Setibanya kami di pinggir sungai untuk menyegarkan diri, salah seorang daripada mereka tiba-tiba berkata, " Dah pukul 5 nie. Lebih baik kita pulang sebelum gelap.".
Aku mula berasa hairan kerana dia dapat mengagak masa dengan tepat walaupun tidak memakai jam tangan pada ketika itu. Nak kata dia menggunakan matahari pun tak jugak sbb tempat tu hutanya amat tebal hingga agak sukar untuk kita melihat kedudukan matahari. Aku pun mula bertanya " Tuk...Macamana tuk tau dah pukul 5? " Dengan panjang lebarnya dia pun mula menerangkan kepadaku. Rupa-rupanya dia hanya melihat pasang surut sungai. Dimana jika kita perhatikan betul-betul pada batu besar yang terdapat ditebing sungai terdapat satu garis halus tanda takat air pasang. Memandangkan mereka nie biasa di kawasan itu, mereka tahu takat air pasang surut dan jam berapa air pasang paling max. dan min. (hmmm...sungai pun ada pasang surutnye gak.). Hebat jugak diorang nie. Itulah yang dikatakan Jauh berjalan, Luas pengalaman.