Pages

Monday, July 12, 2010

Tumbuhan Beracun di Kawasan Tropika




Pokok Api-api Jambu (White Mangrove)


Salah satu spesies Bakau dalam keluarga Acanthaceae. Tumbuh setinggi 6m di dalam kawasan paya. Kulitnya berwarna kelabu muda yang terdiri daripada emping nipis, tegar dan rapuh. Daunnya tebal, antara lima hingga lapan sentimeter, dan berwarna hijau terang di atas dan putih atau kelabu serta berbulu di bawah. Pokok ini mempunyai akar udara yang tumbuh sehingga 20 sentimeter tinggi dan diameter sehingga satu sentimeter. Bunganya yang berwarna kuning keemasan berukuran kurang daripada satu sentimeter lebar, dan dibentukkan dalam gugusan tiga hingga lima bunga. Getahnya boleh menyebabkan gatal pada kulit dan buta jika terkena mata.


Jelatang (Laportea/Nettle Tree)



Daunya kecil, berbulu dan berbentuk panah. Tumbuhan ini terdapat dalam beberapa jenis. Ada yang berbatang dan tumbuh antara 10cm hingga 1 meter. Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu ini sangat putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tanggal dari permukaan tumbuhan tersebut dan melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika dimakan atau diminum air rebusnya. Bulu ini dapat mencucuk pada kulit yang lembut kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Kesannya menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit.

Terdapat beberapa jenis dan spesis lain yang dipanggil jelatang seperti Jelatang Gajah-Laportea setimulans (Urticaceae), Jelatang Bulan-Spahaerostylis malaccensis (Euphorbiaceae), Jelatang Ular-Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa.

Rasa sakit disebabkan pokok Jelatang ini boleh diubati dengan menggunakan jus daripada pokok Keladi Sebaring.



Pokok Keladi Sebaring ialah sejenis pokok herba yang amat besar, dengan batang pokok yang tebal dan tegak sehingga 1 meter (3 Kaki) tingginya, ketika amat tua.

Bunga: Kecil dan tumbuh pada sepanjang tangkai yang tegak, dengan bunga jantan terletak di bahagian atas dan bunga betina di bahagian bawah. Sebahagian bunga-bunganya dilindungi oleh satu struktur bak tudung yang digelarkan "spate".

Tumbuhan untuk makanan :siri 2

Dalam dunia tumbuhan terdapat 2 jenis racun yang biasa didapati dan kedua-duanya senang dikenalpasti.

HYDROCYANIC ACID (Prussic Acid) - Rasa dan baunya seperti badam atau buah pic. Kenalpasti baunya dan elakkan!

OXALIC ACID - Mempunyai rasa yang panas, kering dan tajam apabila diletakkan di kulit atau lidah.

ELAKKAN sebarang tumbuhan yang mempunyai getah, kecuali telah dikenalpasti ianya selamat.

ELAKKAN tumbuhan yang berwarna merah terutama di kawasan tropika, kecuali telah dikenalpasti selamat.

ELAKKAN buah yang terbahagi kepada lima bahagian, kecuali telah dikenalpasti.

ELAKKAN tumbuhan yang berbulu halus di batang dan daunnya. Bila dilihat dengan kanta, anda akan dapati bulunya berbentuk cangkuk dan boleh menyebabkan kegatalan pada mulut dan tekak.

ELAKKAN daun yang tua dan kering kerana sesetengah tumbuhan akan menghasilkan racun apabila ianya tua dan kering.

ELAKKAN pokok paku pakis yang matang. Walaupun kita tahu pucuk mudanya boleh dimakan tetapi ada juga paku pakis yang boleh merosakkan vitamin B dalam badan apabila daun yang matang dimakan.