Pages

Saturday, January 24, 2009

Pendinding diri

Pendinding diri
Pendinding diri dan untuk pasukan amat penting bila kita hendak memasuki hutan belantara. Maklumlah kita bukan saja mahkluk yang diciptakan oleh Allah swt. 90% daripada 100% adalah malaikat. selebihnya 10% adalah 9% jin dan 1% sahaja manusia. Dalam perkongsian ini kita perlulah berhati-hati apabila memasuki tempat yang dikatakan 'tempat tinggal' mereka iaitu dari golongan jin. Mungkin juga ada yang pernah mengalaminya.

Disini ada beberapa tips yang boleh kita ikut. Amalkan membaca 3 kul selepas sembahyang subuh dan isyak. Caranya, dahului dengan istighfar dan selawat, baca Al-fatihah 1x, Al-ikhlas 13x, An-nas 3x dan Al-falaq 3x. Boleh juga ditambah Ayat Kursi 3x selepas Al-fatihah. Selepas baca tiupkan pada tapak tangan dan sedut semula, kemudian sapukan keseluruh badan tanpa menggangkat tangan. Sambil berniat supaya dapat dijauhi dari kejahatan manusia dan syaitan.

Sepanjang pengalaman saya membawa orang masuk hutan, ada banyak perkara yang saya telah pelajari dan telah mengalaminya sendiri. Mungkin ada kebanyakkan mereka tidak mengetahui pantang larang dalam memasuki hutan. Antaranya ialah:

  1. Jangan cakap besar dan bermulut celupar
  2. Apabila memasuki kawasan yang baru, yang tidak pernah dimasuki oleh orang lain. Jangan sewenang-wenangnya memotong pokok dan mengalihkan batu-batu besar atau membunuh binatang yang bersarang disana.
  3. Jangan membawa daging mentah seperti ayam dan menyimpanya terlalu lama didalam sungai. Terutama yang masih belum dibersihkan dan masih lagi berdarah.
  4. Jangan membuang air di tempat-tempat yang airnya tidak mengalir dan elakkan membuang air di darat. Jika terpaksa, lakukan ditempat yang tidak mempunyai pokok-pokok besar dan hormati sarang-sarang serangga disekitarnya.
  5. Bagi wanita, jangan membuang 'taula' anda merata-rata. Sebaik-baiknya ditanam.
  6. Elakkan membuat aktiviti diwaktu senja atau hampir senja.
  7. Jika anda melakukan aktiviti berjalan di waktu malam, elakkan dari melalui kawasan yang tidak pernah dilalui. Gunakan denai yang sedia ada.
  8. Amalkan melaungkan azan apabila masuk waktu maghrib.

Jika anda terserempak dengan mahkluk-mahkluk ini, apa yang anda boleh lakukan ialah;
  1. Jangan menujuk jari anda kearahnya atau bertentang mata dengannya. Sebaik-baiknya buat seolah olah anda tidak menyedarinya.
  2. Bagitaulah rakan anda dengan berbisik (jika rakan anda yang jenis lemah semangat cukuplah sekadar mengajak dia pulang ke kem) dan beredar dari tempat itu berlahan-lahan dan jangan menoleh kebelakang.
  3. Jangan berjalan kearahnya.
  4. Elakkan dari menghebohkan perkara itu kepada kumpulan anda. Takut akan menimbulkan suasana panik.
  5. Jika ada yang menegur anda, jangan layan. Sebaiknya bacalah ayat kursi sebanyak mungkin.
  6. Harus sentiasa ingat yang mereka tidak berdaya untuk melakukan apa-apa jika kita yakin dengan kekuasaan Allah. Biasanya hanya mereka yang lemah semangat sahaja yang akan diganggu. Jadi kuatkan semangat anda.!
Baiklah saya rasa sampai disini saja untuk kali ini. Terpulanglah kepada semua untuk mengikutinya atau tidak. Jika anda ingin tahu lagi, jangan lupa melayari blog ini lagi okay...wassalam.

No comments:

Post a Comment