Pages

Thursday, January 22, 2009

Tumbuhan untuk perubatan

SELAPUT TUNGGUL

Merupakan tumbuhan yang tergolong di dalam kumpulan tumbuhan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang atau di kebun. Kepada para penternak ia bolehlah sangat.....dijadikan makanan haiwan ternakan terutamanya kambing dan biri-biri. Dari segi perubatan tradisional ia boleh dijadikan ubat penahan darah.



POKOK KAPAL TERBANG

Juga boleh digunakan sebagai tumbuhan yang boleh memberhentikan pendarahan akibat terluka dan sebagainya. perlu diingat. keseluruhan pokok ini sebenarnya adalah beracun. jangan dikunyah / dimakan kerana iainya boleh membawa kerosakan kepada hati. Tumbuk daunya sampai lumat, dan tampal ke tempat berkaitan.







Nama Tempatan: Tepus Tanah
Nama Saintifik: Zingiber spectabile
Nama Lain: Black gingerwort,beehive ginger,tepus tunduk,Giant honeycomb,
Famili: Zingiberaceae

keterangan:
Tepus tanah, sejenis tumbuhan dari keluarga halia biasa dijumpai dikawasan hutan hujan tropika. Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian hingga tujuh kaki. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga ini daunnya menyerupai daun halia namun saiznya agak besar sedikit. Tepus tanah mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah apabila kembang sepenuhnya. Tepus tanah membiak dengan cara pecahan rizom dan biji benih. Bunganya banyak dijual sebagai bunga keratan untuk dijadikan gubahan bunga. Dalam perubatan melayu tradisional daun tepus biasanya ditumbuk lumat hingga menjadi pes dan dijadikan ubat untuk mengurangkan bengkak.

No comments:

Post a Comment