Pages

Tuesday, January 20, 2009

Tip-tip Sebelum Ekspedisi Pendakian

Tip-tip Sebelum Ekspidisi Pendakian

Tip pendakian ini adalah berdasarkan beberapa pengalaman yang telah saya lalui dan pemerhatian saya.

Pakaian

Pakaian dapat mengurangkan kehilangan air daripada badan dan memberi perlindungan daripada gigitan serangga, terik matahari dan kesejukan malam. Jadi adalah penting untuk kita mengetahui jenis pakaian yang sesuai semasa ekspidisi.

Elakkan memakai pakaian jenis kapas (cotton) kerana ia boleh menyerap air dan susah juga untuk dikeringkan. Apabila basah ia boleh menghilangkan suhu badan 240x lebih cepat daripada semasa kering. Yang baiknya pakai pakaian yang diperbuat dari nilon atau poliester. Contohnya pakaian jersi.

Bagi pemakaian seluar elakkan daripada membawa seluar jeans kerana ia memakan ruang dan berat untuk dibawa. Terutamanya untuk xpdc jenis hardcore. Tetapi sentiasa beringat untuk menyediakan sepasang pakaian untuk pulang bagi yang tidak membawa kenderaan. (takut nanti nampak cam orang gila lak bila naik bas public…)

Masukkan semua pakaian tersebut ke dalam plastik beg. Asingkan mengikut pasangan dan susun mengikut keperluan supaya mudah untuk dicapai di dalam beg galas. Ini adalah untuk mengelakkan pakaian menjadi basah semasa hujan. Adalah penting untuk memastikan pakaian sentiasa kering. Bawa juga kain sarung yang mempunyai pelbagai guna seperti untuk menukar pakaian, selimut, tuala, strecher, bantal dan lain-lain.

Untuk mengelakkan kaki melecet pula, pakai 2 pasang stokin. Satu yang nipis dipakai sebelah dalam stokin yang tebal. Ini akan mengurangkan geseran antara kasut dengan kaki. Boleh juga dipakai 3 pasang. ( Bagi kaki yang manja-manja la tu…). Gunakan kasut yang mempunyai sekurang-kurangnya jahitan depan dan belakang dan juga ringan. Tempat-tempat ini adalah tempat yang biasa berlaku koyakkan apabila mendaki atau menuruni gunung. Tak semestinye mahal harganye. Tapak kasut juga hendaklah yang berbunga kasar atau besar. (Jangan pula memandai-mandai pakai kasut macam Po Chu Kang pulak….sebab takut kena air. Pernah berlaku nie..)

Topi atau pelindung kepala perlu dipakai. Kebanyakkan pendaki tidak menyedari lebih kurang 70% suhu badan hilang melalui atas kepala. Jika jari kaki sejuk, bermakna kita perlu memakai pelindung kepala.

Sleeping beg tidak semetinya yang tebal. Memadailah dengan memakai pakaian yang dapat memanaskan badan.

Elakkan daripada membawa tuala mandi yang tebal kerana anda tidak akan mandi dengan kerap. Bawa tuala tangan yang hanya cukup besar untuk mengeringkan diri. Ini dapat menjimatkan ruang dalam beg dan mengurangkan berat. Jika anda ingin membawa sabun atau shampo, bawa ia dalam satu bekas yang kecil atau potong sabun menjadi kecil.


Peralatan / Kelengkapan

Bawa baju hujan pakai buang yang lebih mudah untuk disimpan dan ringan. Tak perlu anda risau sama ada baju hujan ini dapat melindungi atau tidak kerana anda tetap akan basah juga oleh peluh walaupun memakai baju hujan yang mahal.

Jika anda membawa bekas air, bawa bekas jenis yang boleh di kempiskan. Yang terbaik, gunakan MSR Drometary beg atau Hidration Bladder.

Membawa flysheet adalah lebih baik daripada membawa khemah. Khemah biasanya lebih berat, mahal, panas, susah untuk keluar masuk dan tidak boleh masak didalamnya. Terpulang juga pada penilaian masing-masing. Mungkin ada yang akan kata khemah lebih selamat dari dimasuki serangga yang kecil seperti lipan, kala jengking dan juga diganggu binatang kecil seperti ular dan tikus. Jika menggunakan flysheet atau poncho, jangan memasangnya terlalu tinggi yang boleh menyebabkan ia terbang ditiup angin.

Tali rafia juga adalah penting. Ia mempunyai banyak kegunaan semasa xpdc. Yang penting selepas menggunakannya sentiasa bawa balik tali anda. (Jaga kebersihan hutan kita.)


Makanan

Bawa makanan yang ringan dan mempunyai banyak tenaga seperti nasi, tepung gandum dan oats. Tidak digalakkan membawa makanan segera yang kebanyakkan mempunyai banyak pengawet.

Elakkan juga dari membawa makanan dalam tin. Ini akan menambah beban anda jika anda dalam xpdc pendakian. Sekarang ini banyak juga makanan yang telah dibungkus dalam kotak seperti Brahim, Cucur udang Adabi, Sup Cambell dll.

Bagi yang baru hendak menceburi dalam aktiviti pendakian @ xpdc, bawa beberapa bungkus coklat ceremel seperti cloud 9. Makan coklat ini jika anda terasa hendak muntah @ pitam. Ia akan segera memberi tenaga kepada anda.


Beg Sandang

Anda memerlukan beg sandang yang kuat dan selesa untuk membawa peralatan dan pakaian anda. Pilih atau beli beg yang paling anda mampu (jangan kedekut…). Ia mesti ada pengikat pinggang yang selesa (jika boleh.). Rahsia untuk membawa beg ini dengan selesa ialah dengan mengikat pengikat pinggang itu dengan baik di pinggang anda. Biar berat beg disandarkan di pinggang dan bukan di bahu atau belakang.

Pilih beg yang mempunyai rangka dalaman dan juga ‘lace-up hood’ / penutup atas bertali di ruang utama beg. Ini untuk mengelakkan dari kemasukan air dan barang terkeluar daripada beg. Beg yang mempunyai poket sisi juga adalah baik untuk menyimpan barang yang selalu dipakai spt. lampu suluh, lilin, ubat dll. Pasangkan rain cover atau pelindung hujan beg untuk mengelakkan tali beg tersangkut pada ranting dan dahan pokok.

No comments:

Post a Comment