Pages

Saturday, January 31, 2009

Mencari Air

Mencari Air

Air adalah salah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Tahukah anda, manusia boleh hidup 3 minggu tanpa makanan tapi hanya 3 hari saja jika tanpa air. Ia adalah keutamaan nombor satu apabila kita di dalam hutan belantara. Jangan tunggu hingga kita sudah kehabisan air baru hendak mencarinya. Jimatkan apa yang ada dan cari punca air yang lain secepat mungkin. Sebaik-baiknya masak air sebelum meminumnya atau disterilkan dengan ubat.

Dalam pada itu kehilangan cecair badan juga perlu dikawal. Secara puratanya manusia kehilangan air 2 – 3 liter air setiap hari. Walaupun seseorang yang berteduh juga akan kehilangan 1 liter air. Cara yang terbaik untuk kita mengekalkan cecair badan ialah:

- Elakan daripada terlalu penat. Berehatlah.

- Jangan merokok.

- Cari tempat untuk berteduh.

- Jangan berbaring di tempat atau tanah yang panas.

- Makan dengan sedikit kerana proses penghadaman makanan memerlukan air dalam badan. Lagi banyak makan lagi dahaga jadinya.

- Jangan minum minuman beralkohol kerana alkohol memerlukan air dalam badan untuk dihadamkan.

- Kurangkan bercakap. Bernafas melalui hidung bukan melalui mulut.

Mencari punca air

Di hutan malaysia kita tidak mempunyai banyak masalah untuk mencari punca air berbanding negara lain kerana cuaca disini panas dan lembab. Tetapi kerap kali juga kita dengar, mereka yang tersesat tidak dapat meneruskan perjalanannya kerana kehabisan air. Terdapat berbagai-bagai cara untuk kita mendapatkan air.

Antaranya…

Melalui Air hujan dan Air embun- cara menadah air hujan tak perlulah saya jelaskan disini tetapi untuk mengumpul air embun ialah dengan mengikat kain pada kaki dan jalan menyusuri tumbuhan renek diwaktu pagi. Air yang terkumpul pada kain itu bolehlah diperah dan diminum. Ingat harus dimasak terlebih dahulu.

Memerhatikan serangga- Serangga terutamanya lebah adalah petanda yang baik untuk mencari air. Ia akan sentiasa berada berdekatan dengan punca air. Semut yang menaiki sebatang pokok biasanya akan membawa kepada satu takungan air. Begitu juga dengan lalat yang biasanya akan berada lebih kurang 90m dari punca air.

Melalui proses kondensasi- Caranya dengan mengikat beg plastik pada ranting pokok yang mempunyai banyak daun. Pastikan dasar beg plastik berada pada kedudukan yang rendah dari ranting itu supaya air dapat dikumpulkan.

Daripada tumbuhan- Tumbuhan seperti periuk kera boleh juga diambil airnya tetapi perlu ditapis. Bagi pendaki-pendaki juga, boleh mengambil air daripada lumut yang tebal yang biasanya dijumpai di puncak gunung. Caranya dengan memerah airnya menggunakan baju. Pokok buluh juga menyimpan banyak air didalam batangnya terutama yang sudah tua dan kekuningan.

Perkara yang perlu diingat!!!

- Jika terjumpa takungan air perlulah diperhatikan sekeliling takungan itu. Elakkan dari mengambil air yang tiada tumbuhan hijau disekelilingnya. Atau ada tulang binatang berdekatannya. Dikuatiri air itu beracun.

- Sentiasa masak air yang anda tidak yakin ianya bersih.

- Air daripada akar pokok tidak digalakkan untuk meminumnya bagi yang kurang berpengalaman kerana bukan semuanya boleh diminum.

- Catu peluh bukan air kita. Jika anda perlu menjimatkan air, minumlah dengan cara menghirup sekali sahaja. (sedikit). Ingat…lagi banyak kita minum, lagi banyak haba akan dijanakan didalam badan kita akibatnya kita akan banyak kehilangan air.

Hingga berjumpa lagi…..Sekali Berpengakap, Terus Berpengakap.!!!

No comments:

Post a Comment